Diawali dengan membaca Bismillahirohmaanirohim :
Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail
as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600
sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain
menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri
dan berkata:
“Wahai Tuhanku, adakah engkau
menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?.”
Lalu Allah swt berfirman yang
bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibrail
as berdiri serta solat dua rakaat kerana
syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap
rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka
Allah SWT berfirman yang bermaksud.
“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah
aku dengan ibadah yang bersungguh-
sungguh, dan tidak ada seorang pun
yang menyembah kepadaku seperti
ibadat kamu, akan tet api di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi
yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad.’ Dia mempunyai
umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat
dua rakaat yang hanya sebentar sahaja,
dan mereka dalam keadaan lupa serta
serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun
besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat
mereka itu aku lebih sukai dari solatmu
itu. Kerana mereka mengerjakan solat
atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas
perintahKu.“
Kemudian Jibrail as berkata: “Ya
Tuhanku, apakah yang Engkau
hadiahkan kepada mereka sebagai
imbalan ibadat mereka?“
Lalu Allah berfirman yang bermaksud.
“Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma’waa sebagai tempat tinggal…“
Kemudian Jibrail as meminta izin
kepada Allah untuk melihat syurga
Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat
izin dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan
sayapnya dan terbang, setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia
boleh menempuh jarak perjalanan 3000
tahun, terbanglah malaikat jibrail as
selama 300 tahun sehingga ia merasa
letih dan lemah dan akhirnya dia turun
singgah berteduh di bawah bayangan
sebuah pohon dan dia sujud kepada
Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
“Ya Tuhanku apakah sudah aku
menempuh jarak perjalanan
setengahnya, atau sepertiganya, atau
seperempatnya?“
Kemudian Allah swt berfirman yang
bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan
meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang
engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya
kamu tidak akan sampai kepada
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan
yang telah kuberikan kepada umat
Muhammad terhadap imbalan solat dua
rakaat yang mereka kerjakan…. .”
Marilah sama2 kita fikirkan dan
berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam
perkara yaitu :
1. Allah S.W.T telah menyembunyikan
redha-Nya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan
murka-Nya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan
nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
4. Allah S.W.T telah menyembunyikan
Lailatul Qadar di dalam bulan
Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan
solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan
(tarikh terjadinya) hari kiamat di
dalam semua hari.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar